Tentang Kami

Pengenalan Syarikat

Ras Emir Resources menyediakan perkhidmatan dalam membantu pemilik-pemilik tanah lot untuk merealisasikan rumah impian mereka khususnya di sekitar Kuala Langat, Klang, Sepang, Bangi dan Tanjung Karang.

Ras Emir Resources bermula pada tahun 2018 dengan menawarkan perkhidmatan bina rumah atas tanah sendiri di Negeri Selangor.

Memiliki rumah sendiri khasnya rumah “landed” merupakan impian bagi setiap orang. Semua orang faham kos binaan semakin meningkat dari masa ke semasa namun pandemik Covid-19 menyebabkan kos bahan binaan makin melambung naik dan menyebabkan ramai di antara pemilik tanah lot terpaksa menunda dan menyusun semula bajet untuk pembinaan rumah impian mereka.

BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI
pembinaan bina rumah di selangor
lakaran bina rumah di selangor

Kami faham tentang kerisauan anda. Yang pertama, kami percaya ramai pemilik tanah lot yang tidak tahu bagaimana untuk mulakan pencarian “design” reka bentuk rumah impian kerana tidak banyak pihak di luar sana yang memberikan pendedahan awal kepada bakal-bakal pelanggan mereka dan ramai juga yang keliru bagaimana untuk memilih design rumah impian yang sesuai dengan kewangan dan saiz tanah lot mereka.

Kedua, kami faham ramai yang tidak mempunyai keyakinan dengan pilihan “design” oleh sebab tiada ilmu asas dalam pembinaan rumah dan takut diperdaya oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menyebabkan anda tertekan dan “give up” untuk menjadikan rumah impian menjadi satu kenyataan.

Lambakan kontraktor dan tukang khususnya yang tidak berdaftar membuatkan ramai pemilik tanah lot mempunyai rasa sangsi dan sangat berhati-hati dalam pemilihan kontraktor untuk pembinaan rumah impian.
Ras Emir Resources ingin bersolidariti dan menyokong pemilik tanah lot untuk keluar dari kerisauan ini. Kami ingin bantu anda semua bina semula semangat anda untuk menjadikan rumah impian anda suatu realiti dan kami juga ingin membantu anda bagi membuka minda dan kreativiti anda dalam pembinaan rumah impian.

Kami mahu mengembalikan semula senyuman orang-orang yang tersayang dengan menyediakan sebuah rumah yang selesa.

VISI DAN MISI RAS EMIR RESOURCES

VISI

Dipercayai menjadi sebuah syarikat kontraktor bumiputera yang menghasilkan rumah-rumah mampu milik yang terulung di Malaysia.

MISI

Memastikan pembinaan rumah mudah, telus dalam setiap peringkat dan seterusnya menghasilkan pelanggan yang berpuas hati dengan solusi yang menyeluruh.

MOTO

Kami membantu merialisasikan impian anda